(gambar ini sekadar kiasan & pesanan ini utk kita, sesama manusia termasuk diri sy sendiri. tiada kena-mengena dgn mereka2 yg dalam gambar ni 😻) SEORANG manusia dilihat hebat bukan kerana dirinya semata tetapi kerana Allah telah menutup aib mereka. Bayangkan sekiranya segala dosa yang dilakukan secara tersembunyi dipamerkan, segala umpatan, kata nista kita terhadap kawan kita didedahkan, bahkan segala kejahatan yang kita lakukan dipertontonkan, pasti seseorang itu tidak sanggup untuk berjalan di atas muka bumi ini.